“Boleh, dialu-alukan untuk siasatan. Cumanya, apa kata kita mulakan dengan orang yang lancarkan derma pilihan raya tapi menggunakan akaun peribadi? itu kata tegas daripada Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya itu jawapan balas yang merujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil mahu SPRM juga menyiasat akaun PAS, selepas membekukan akaun Bersatu, untuk menyisat mengenai sumber dana parti itu.
“Lebih teruk lagi, orang jenis ini pula yang beriya-iya menyuruh siasat akaun parti lain. Atau pada hakikatnya, sudah tiada air muka lagi untuk dijaga?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengecam kerajaan yang menurutnya menggunakan SPRM sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti Bersatu serta PN.
Hamzah mendakwa rakyat sedar tentang “strategi jelek” pentadbiran semasa untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan dan nepotisme.
Selasa lalu, Bersatu mendedahkan akaun terauditnya untuk mengukuhkan lagi penafian mereka daripada sebarang salah laku.
Tamat