“Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing,” kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Beliau mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari selepas insiden gempa bumi dahsyat yang menimpakan kemusnahan besar di negara itu, menurut agensi berita TRT World.

Jumlah kematian di Turki meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.

Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai manakala angka korban dijangka meningkat dengan ketara.

Gempa bumi 7.8 pada skala Richter pada awal pagi Isnin (6 Feb) menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Tamat