Pelik dan ajaib, jika diperhatikan UMNO pernah menjatuhkan talak kepada Anwar Ibrahim sehingga wujudnya gerakan Keadilan bagi membela susuk tubuh itu.

Semalam Anwar dengan bangganya memasuki bangunan UMNO di Menara Datuk Onn selepas 25 tahun menunjukkan UMNO akhirnya akur terpaksa menjilat ludahnya sendiri kini.

Mesyuarat semalam turut dihadiri pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, selain pemimpin utama PH, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Warisan.

Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan mesyuarat malam ini antara lain akan membincangkan agenda merakyat, berdasarkan kepada terjemahan manifesto semua gabungan parti kerajaan.

Katanya, mesyuarat itu juga akan memberikan tumpuan bagaimana mencari titik persamaan untuk kerajaan melaksanakan manifesto tersebut.

Tamat

Advertisement