Tiada bapa mampu menahan ujian seberat ini apabila hanya mampu memegang tangan anak gadisnya yang menjadi mangsa korban gempa bumi di Turkiye.
Sekeping foto cukup sedih itu menceritakan 1001 penderitaan terpaksa ditanggung oleh bapanya apabila erat memegang tangan mayat anak gadisnya yang masih terperangkap dibawah sisa runtuhan rumah mereka.
Anak perempuan Mesut Hancer, Irmak yang berusia 15 tahun terkorban apabila rumah mereka runtuh.
Dalam imej yang sangat menyedihkan itu, Mesut kelihatan duduk di hadapan sisa runtuhan bangunan berkenaan sambil berterusan memegang tangan Irmak yang berada di antara kepingan konkrit.
Konkrit tersebut menimpa di atas tilam tempat tidur anaknya semasa kejadian berlaku pada awal pagi Isnin lalu.

Gempa bumi kuat yang pertama berukuran 7.8 pada skala Richter melanda pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan ketika ramai penduduk sedang nyenyak tidur.
Gegaran berkenaan meranapkan ratusan bangunan tinggi dan terburuk sejak 1939.
Tamat