“Sekiranya membina hubungan dengan negara luar jati diri perlulah dikekalkan dalam apa jua keadaan,” itu pendirian yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz.

Pendirian berkenaan membuatkan Consulate-General Of The Republic Of Singapore yang diwakili oleh Lee Yi Guo Galen, Consul, Timothy Tan Jia Jie, Consul dan K. Faizal, Vice Consul menghormati PAS berkenaan isu HDB.

Lee Yi Guo berkata beliau sebagai warga Singapura menghormati keputusan PAS yang melihat keperluan bagi mengelolakan sebarang perancangan menggunakan kaedah tersendiri.

“Melihat kepada HDB yang sekian lama dipraktikkan di Singapura, Malaysia mungkin ada kaedah tersendiri dalam menguruskan perancangan perbandaran.

“Saya sebagai rakyat Singapura juga yakin tindakan untuk membuat semua keputusan serta mengelolakan perancangan bandar perlulah mengikut sistem tempatan kerana anak tempatan lebih tahu tempatnya sendiri,” katanya.

Hadir sama, Ustaz Azlan Alias, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor dan barisan pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Pada masa sama Consulate-General Of The Republic Of Singapore turut menyambut baik kerjasama perbincangan idea yang dibuat sekian lama dulu.

“Pihak Singapura melihat baik dalam hubungan diplomatik dua hala ke arah perancangan ekonomi yang lebih baik di kalangan anak muda.

“Ianya meletakkan batu asas kepada pelaksaaan ekonomi bagi membantu taraf hidup rakyat yang berhubung kait antara dua negara oleh Dewan Pemuda PAS Johor sejak beberapa tahun lalu,” katanya

Sementara itu, Ahmad Nawfal berkata peluang ini telah digunakan sebaiknya bagi kedua dua pihak untuk berbincang dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan anak muda berkaitan ekonomi anak muda yang terkesan pasca pandemik ini

“Hubungan baik antara Singapura dan Malaysia haruslah dikekalkan dan dipelihara lebih lagi Singapura merupakan negara jiran terdekat Malaysia.

“Singapura banyak menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi negara terutama yang berada di sekitar Johor Bahru dan kawasan berhampiran.

“Seiring dan sejalan dalam agenda pembangunan agar tidak keterlaluan dan terbabas dari tabie hingga memberi impak negatif kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya pertemuan ini ianya menjadi batu loncatan kedua-dua pihak untuk terus maju dan berjaya dalam kerjasama yang mendatang.

Tamat

Advertisement