“Tapi bila ‘abang besar DAP’ bersuara yang jelas bersikap perkauman, tiada pula yang kata abang besar ini rasis,” itu kata bekas Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Menurutnya beliau respond keras terhadap apa yang Ramasamy agar reformasi dilakukan dalam sektor perkhidmatan awam sebagai penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu.
“Apabila DAP menguasai kerajaan, sudah tentulah usaha untuk memecahkan dominasi ini menjadi tumpuan utama mereka.
“Perjuangan rasisme atau perkauman melampau sebegini jika tidak dibendung boleh menghancurkan masa depan tanah air yang tercinta ini.
“Walaupun DAP cuba menunjukkan kononnya mereka bersemangat Malaysia dan menghormati masyarakat pelbagai kaum, sikap rasis itu ternyata masih amat tebal dalam diri mereka,” katanya melalui media sosial FB.
Menurut beliau berkata dia terkejut apabila melihat kenyataan Anwar Ibrahim hanya mengatakan pandangan itu bukan mewakili DAP.
“Cuba bayangkan sekiranya perkara yang menyentuh kaum lain disentuh oleh pemimpin PN, tentulah berduyun-duyun pemimpin gabungan PH-BN akan menuduh Perikatan sebagai rasis.
“Cuma saya nak cakap, kita boleh baca ‘grand design’ kerajaan PH yang di dalamnya ada DAP ini,” katanya.
Tamat