“Kami akan menangani sebarang isu menggunakan saluran DAP dan dengan pendekatan kami sendiri,” itu kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, kononnya parti itu berlainan daripada yang lain.

Ia berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Ramasamy berkenaan yang berbaur perkauman terhadap penjawat awam kononnya hanya dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.

Anthony berkata adalah tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu yang dilihat hanya menambah masalah dalam kerajaan.

“Kami akan menangani sebarang isu menggunakan saluran DAP dan dengan pendekatan kami sendiri.

“Jadi, saya mahu memberikan peringatan ini supaya pemimpin DAP di semua peringkat tidak perlu menimbulkan apa-apa lagi polemik dalam masyarakat,” katanya semalam.

Sebelum ini, Ramasamy dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Anwar digesa melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam supaya ia tidak lagi hanya didominasi oleh satu kaum.

Kenyataan itu mengundang pelbagai kritikan baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang dengan Anwar juga menegaskan bahawa kerajaannya sama sekali tidak akan mengikut saranan dibuat Ramasamy itu.

Tamat