Cukup dengan amaran itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz memberi amaran keras serta mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan P Ramasamy yang sengaja menghina penjawat awam di Malaysia.

Menurutnya Nawfal berkata seharus Ramasamy berterima kasih kepada penjawat awam kerana mereka adalah golongan terlatih, dalam memperkasakan polisi negara.

“Kemudianya meletakkan soal kaum Melayu ramai ‘punca’ penjawat awat tidak efisien itu jelas menunjukkan sikap rasis dan gelap Ramasamy sedangkan apa yang dilaungkan mereka mengikut acuan Kerajaan Perpaduan.

“Saya juga mengajak melihat pada sudut pandang PH yg seringkan melaungkan reformasi , kerana reformasi bukan alasan untuk pecahkan dominasi kerana ianya sebenarkan merupakan langkah pepecahahan sesebuah negara.

“Walaupun kita faham setelah hari ini dua kali PH menjadi kerajaan selepas PRU 14 dan 15 tetapi sehingga kini tiada sebarang reformasi yg dibawa oleh mereka, walaupun selepas 100 Hari pemerintahan mereka,” katanya.

Menurut Nawfal walaupun Anwar sudahpun menjadi Perdana Menteri namun masih gagal Dalam membuat sebarang reformasi terutamanya dalam pentadbiran kerajaan.

“Contohnya masih mengamalkan kroni , serta nepotism dan kerajaan dilihat kini masih tidak stabil

“Sepatutnya sekiranya mahu membuat reformasi perlu ada polisi yang lebih kemas, tetapi akhirnya yang memberi kata putus ialah Abg Besar DAP’ akhirnya berjaya memegang susuk tubuh PM yang partinya hanya punyai kerusi yg sangat sedikit Di Parlimen,” katanya.

Tamat