Kali ini AMEERAH bersuara lantang, mengutuk secara terang intimidasi politik yang telah dilakukan ke atas tiga orang tiktoker wanita muda rentetan video kritikan terhadap pemimpin Kerajaan.
Tidak sekadar itu satu laporan polis juga dibuat berikutan isu pembulian siber terhadap 3 orang wanita muda yang mengkiritik kerajaan melalui video.
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Dr Siti Mastura Muhammad berkata akibat menyatakan hak dan pendapat gambar dan maklumat peribadi tiga wanita muda ini dikongsi secara malafide telah mengundang buli siber bersifat gangguan seksual malah sehingga ke tahap ugutan bunuh.
“Budaya ini adalah jauh bertentangan dengan slogan reformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim sekian lama.
“Intimidasi politik melarat ke peringkat bawah apabila kelompok penyokong PH terus menerus melakukan buli siber di media sosial terutama kepada golongan wanita Terkini Tiktokers wanita PN menjadi mangsa buli ekstrim mereka.
“Ameerah Malaysia mengecam tekanan yang dilakukan ke atas mereka bagi tujuan mengugut dan menakutkan pihak yang membangkang kerajaan,” katanya.
Menurutnya beliau butiran peribadi seterusnya mengundang komen-komen lucah,jijik, hina fizikal tidak boleh dibiarkan menjadi budaya baru masyarakat yang mahu mencapai negara Madani.
“Ameerah Malaysia menuntut Menteri Komunikasi dan Digital agar tidak bersikap ‘double standard’ dan hanya fokus mengawal pengaruh PN di Tiktok, namun tiada tindakan serius diambil bagi menghentikan budaya buli siber terhadap wanita di media sosial sama ada Twitter, Facebook, Tiktok dan mana-mana platform media sosial.
“Seharusnya semua pihak yang komited memperjuangkan hak wanita untuk bersatu merentas ideologi dengan menzahirkan penolakan secara terbuka terhadap intimidasi politik yang dilakukan sehingga menutup kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Tamat