“Saya nak tunjuk kepada media ini manifesto PH pengampunan hutang PTPTN bersasar ada. Ada kenyataan dibuat,” itu kenyataan tegas Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Menurutnya ia membuktikan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar, memang ada dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengulas usul yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap dirinya kerana didakwa membuat kenyataan mengelirukan berhubung janji tersebut.

“Saya tidak menyalahi Dewan Rakyat. Saya tidak kata hutang PTPTN ini dihapuskan secara total tetapi saya kata memang ada.

“Saya nak tunjuk kepada media ini manifesto PH pengampunan hutang PTPTN bersasar ada. Ada kenyataan dibuat.

“Saya tanya apa iltizam kerajaan. Apakah polisi kerajaan hari ini berhubung hutang PTPTN,” katanya pada sidang Perlimen.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, berdasarkan jawapan Rafizi, beliau yakin PH tidak ingin menunaikan janji berkenaan.

“Manifesto ini nampaknya tidak ingin dijadikan rujukan oleh mereka untuk dilunaskan janji-janji selepas menjadi kerajaan. Kalau kita imbau, banyak pihak berjanji dan orang yang paling banyak janji dengan formula adalah YB Pandan.

“Jangan kata, ini bukan kitab suci lagi. Saya rasa kita sudah melepasi fasa tersebut. Apakah pendirian sebenar kerajaan. Itu saya tidak nampak,” katanya.

Tamat

Advertisement