“Kalau tidak dipajak, bayar buat apa? Rayer itu buta sejarah, tidak tahu apa, pergi lapor polis 100 kali pun saya tidak peduli, fakta macam itu, beritahu dia pergi lapor 100 kali lagi,” itu amaran tegas daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam berhubung isu Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mahu membuat laporan polis berhubung isu pajakan membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang.
Menurutnya juga menganggap wakil rakyat itu sebagai buta sejarah dan tidak memahami proses bayaran bagi pajakan Pulau Pinang kepada Kedah.
“Saya ada fakta, faktanya adalah bayaran pajakan dibayar oleh kerajaan Persekutuan bagi pihak Pulau Pinang, RM10 juta ditambah RM10,000 kepada Kedah, ianya bagi bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah,” katanya semalam.
Menurutnya Rayer perlu untuk menyemak semula sejarah lampau asal Negeri Kedah, bukannya hanya sekadar bercakap ala tin kosong tanpa fakta.
Ini kerana hampir semua rakyat Kedah tahu hal sejarah berkenaan melainkan mereka ‘orang luar’ yang bimbangkan bayaran pajakan berkenaan.
Tamat