“Jangan samakan PETRONAS dengan Saudi Aramco yang sebelum ini juga bertindak mengapungkan sahamnya,” itu kenyataan tegas Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal yang membantah cadangan Ahli Parlimen Subang Jaya YB Wong Chen.

Menurut Fayhal cadangan menyenaraikan Petronas di pasaran saham bagi membayar hutang negara bukanlah satu cadangan bijak. Boleh dilihat sejarah lampau apabila negara mengapungkan Sime Darby.

Beliau turut mempersoalkan sekirnya cadangan tersebut digunapakai, kepada siapakah pegangan 20% syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia itu hendak dilepaskan.

Sebaliknya, Wan Ahmad Fayhsal berkata, langkah yang perlu dilakukan adalah membantu PETRONAS menjana pendapatan lebihan melalui perniagaan terasnya dengan mencari dan menggali minyak dan gas bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Justeru, Kerajaan perlu membiarkan PETRONAS beroperasi seperti sedia ada iaitu 100% milik Kerajaan dan juga bernaung di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74).

Beliau juga memaklumkan akan berkongsi pandangan dan cadangan untuk memperkasakan PETRONAS ketika perbahasan Belanjawan 2023 nanti sebagai usaha untuk membantu negara keluar dari kemelut hutang.

Tamat

Advertisement