“Saya ucap terima kasih atas jemputan ini dan saya akan meneliti terlebih dahulu sama ada Putra sesuai atau tidak dengan saya. Setakat ini, saya tidak nampak sebab yang saya tidak boleh terima parti ini,” itu kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir kini terkenal sebagai individu paling banyak bertukar parti politik memberi bayangan akan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.

,Mahathir berkata, beliau menggangap jemputan untuk menyertai Putra sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah.

“Saya akan fikir secara mendalam sebelum keputusan dibuat. Saya akan buat permohonan jadi ahli dan kalau mahu bagi saya sebagai penasihat parti, saya boleh bagi nasihat,” katanya.

Mahathir berkata, Putra dilihat meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.

Sementara itu, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya Dr. Mahathir masih ada aura sebagai pemimpin sekali gus memimipin parti itu.

“Kita mahu Tun sertai Putra. Kami mohon seikhlas hati dan tidak timbul soal Tun mahu memohon sertai atau tidak. Kita juga jemput 14 bekas pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk sertai Putra.

Tamat