“Jika orang Melayu berbangga dengan keris dan lembing, sejarah Islam tidak boleh memadamkan peperangan melalui pedang, panah dan kuda,” itu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Mohamad Kamal Mohamed.

Menurutnya itu kerana ianya menjadi satu perlambangan sebagai simbol yang telah lama digunakan sejak zaman dahulu bukannya menimbulkan kegelisahan masyakat atau nama lainnya adalah keganasan dan mendesak siasatan dilakukan.

“Hanya kerana wujudnya unsur keagamaan Islam lalu mahu dikaitkan dengan keganasan sedangkan perarakan kostum atas Nijigen Expo 2023 pada tarikh sama yang berkesinambungan daripada Comic Fiesta 2022 menggunakan metod costum anime bersenjata diadakan di ibu kota Kuala Lumpur tidak pula digegarkan,”.

“Sejarah ketamadunan Islam dahulu tidak boleh dinafikan sebagaimana perang Tanah Melayu sebelum merdeka. Wujudnya peperangan dan pemakaian kostum seumpama itu hanyalah simbol kegemilangan tamadun Islam,” katanya.

Begitu juga bukan-Islam yang mempunyai nilai sentimental tertentu dengan kostum peperangan termasuk anak muda yang terpengaruh dengan watak komik dan anime, lalu dipertontonkan melalui perarakan beragam.

“Jika ini dibolehkan dan tiada laporan polis dibuat oleh parti yang menyokong kerajaan, apa salahnya dengan perarakan kostum Pemuda PAS?,”.

“Malangnya, apa sahaja berkait agama Islam akan dimomokkan dengan keganasan. Inilah bayangan Islamofobia era kerajaan hari ini,” katanya.

Sekiranya begitu wajar wajar diteliliti semula perayaan Thaipusan yang membawa trisular sebagai senjata, perayaan dewa perang cina yang membawa pedang dan sebagainya.

Tamat

Advertisement