Hairan dan pelik apabila pembantu kepada MP DAP dari Sarawak melanggar etika pakaian di bangunan Parlimen menyebabkan Ketua Keselamatan Parlimen meminta wanita tersebut meninggalkan bangunan dengan nada yang tegas
Seorang pembantu kepada ahli Parlimen DAP dari Sarawak diarahkan keluar dari bangunan Parlimen kerana melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan.
Paling memalukan apabila kejadian berkenaan berlaku melibatkan pembantu kepada seorang MP, terbukti mereka tidak professional dalam etika pakaian.
Pemerhatian pengamal media yang berada di kawasan lobi bangunan mendapati pembantu berkenaan memakai sut dengan skirt paras lutut terbelah sehingga paras paha.
Bagaimanapun, tiada rakaman gambar wanita berkenaan dapat dilakukan akibat pergerakan petugas media yang terhad di Parlimen.
Wanita itu akur dengan arahan tersebut kemudian beredar keluar daripada bangunan Parlimen.
Berdasarkan etika pemakaian pelawat Parlimen, wanita yang memakai skirt perlu labuh atau di bawah paras lutut.
Tamat