“Siapa pun kalau nak sertai PAS kita terima. PAS adalah parti terbuka. Mukhriz pun boleh kalau beliau mahu masuk PAS. Cumanya, kalau nak jadi MB susahlah sikit,” kata tegas dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau dalam pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi PAS itu, bekas Menteri Besar Kedah terbabit dikatakan meminta kerusi di Kedah.

“Saya difahamkan Mukhriz ada berjumpa dengan beberapa pemimpin PAS. Tak pasti di mana pertemuan itu dilakukan tetapi ada jumpalah.

“Saya pun tidak pasti apa perbincangan itu kerana saya tiada dalam perjumpaan itu. Saya pun tak tanya apa yang mereka bincangkan.

“Bila ditanya, pemimpin PAS beritahu Mukhriz minta kerusi (di Kedah),” katany.

“Saya pun tak tanya apa yang mereka bincangkan. Mana tahu, bila ditanya, (mungkin) pemimpin PAS bagitau Mukhriz minta kerusi (di Kedah), ‘jammed’ saya,”

Sanusi berharap perbincangan awal yang diadakan itu membawa kepada hasil yang positif.

Tamat

Advertisement