“Kami tiada niat untuk menimbulkan kegusaran mahupun provokasi, tujuan kami hanya mahu mempamerkan kepada generasi baharu tentang kehebatan Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah membawa obor Islam sehingga sampai kepada kita hari ini,” itu penjelasan tepat daripada Ketua Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi.
Ianya sekali gus menafikan kenyataan bodoh beberapa ahli politik yang takut dengan syiar Islam bertepatan dengan tema pertandingan perarakan sempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 Jumaat lalu.
Lagi pun ianya langsung tidak menimbulkan kegusaran awam, seperti juga cosplay dan pakaian beragam.
Yusuf Abdul berkata beberapa peserta pertandingan perarakan itu juga telah selesai memberi keterangan kepada pihak polis berhubung perkara itu serta telah menyerahkan alatan yang digunakan ketika persembahan.
“Malam ini beberapa peserta Himpit 2023 telah selesai memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu replika pedang dan pakaian perang zaman Rasulullah SAW di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
“Dalam siasatan hari ini (Isnin) juga, kami dimaklumkan bahawa segala peralatan, kostum dan replika perlu diserahkan kepada pihak polis pada malam ini.
“Kami berasa sedih kerana replika dan kostum yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan kemegahan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang cintakan Islam, dipolemikkan menjadi satu ketakutan dan kegusaran. Lebih menyedihkan ia dipolemikkan oleh umat Islam sendiri, ” katanya.
Pada masa sama, Yusuf merakam penghargaan atas layanan baik yang diberikan pihak polis sepanjang menjalankan siasatan.
Tamat