“Saya tidak mahu berlaku lagi peristiwa 1MDB, yang mana Perdana Menteri ketika itu juga menjadi Menteri Kewangan. Kita lihat apa kesannya sekarang,” itu kata Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang).

Menurutnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu menjadi peringatan buat Anwar berkaitan risiko apabila seorang Perdana Menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Sehubungan itu, Hassan memberi peringatan kepada Anwar supaya berhati-hati menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, apatah lagi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Pada masa sama Anwar Ibrahim perlu diingatkan supaya tidak terlalu gopoh dan agresif dalam menggunakan kuasanya membanteras rasuah, kerana berisiko melakukan pendakwaan terpilih yang menjadikan parti lawan sebagai mangsa.

Bukan apa tapi hanya bimbang selepas melihat keadaan situasi seorang demi seorang ahli parlimen dan pembangkang serta bekas pemimpin yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkuasa lain, serta ada yang dihadapkan ke mahkamah.

“Hari ini, Yang Berhormat (YB) Tasek Gelugor diheret ke mahkamah di bawah pertuduhan rasuah. Beberapa hari lalu, YB Pagoh disiasat SPRM, dan mantan Menteri Kewangan sewaktu Perdana Menteri keempat juga disiasat berkaitan ‘Pandora Papers’.

“Saya tidak ada mala fide atau niat tak baik, hanya untuk mengingatkan kuasa cenderung menyebabkan korupsi. ‘Absolute power corrupt absolutely’. Kuasa itu mesti digunakan dengan cermat, jangan terburu-buru.

Tamat