Hairan sejak bertukar pemerintahan kini penternak babi diberi layanan istimewa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Malaysia.
(KPKM) dijangka memuktamadkan dengan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung pampasan kepada penternak babi yang terjejas akibat penularan demam babi Afrika (ASF) dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin (DAP-PH) berkata, hasil perbincangan itu kemudian akan dikeluarkan dalam bentuk kenyataan rasmi untuk diuar-uarkan kelak.
Menurut beliau, selain isu pampasan kepada penternak babi, beberapa isu lain yang berkaitan akan diputuskan dalam mesyuarat yang berikutnya.
“Ada (persoalan) yang sudah kita jawab, ada yang belum. Ini termasuk permintaan untuk memasuki fasa endemik untuk ASF di Pulau Pinang dan saya tidak perlu jawab kerana ia melibatkan pertukaran dan perubahan dasar.
“Lagipun, ia bukan isu yang berlaku di Pulau Pinang sahaja, tetapi isu Malaysia. Bagaimana cara kita untuk kita menangani isu perebakan ASF ini dan sebagainya.
“Jadi, saya akan merujuk hal ini dalam mesyuarat-mesyuarat yang seterusnya dan kita harap akan ada juga kata putus (mengenai perkara itu) dalam masa yang terdekat ini,” katanya menurut Kosmo.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Selamat di Tasek Gelugor berhubung isu yang sama selain melawat Pusat Operasi ASF dekat Balai Raya Perkampungan Valdor di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri bersedia menimbang keperluan untuk menukar guna tanah yang digunakan untuk penternakan babi kepada tanah industri bergantung kepada kesesuaian.
Tamat