“Tertuduh atau Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang berada di kandang tertuduh,” itu petikan daripada akhbar MalaysiaKini yang oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam di Dewan Parlimen.
Selepas disebut dua kenyataan daripada media tempatan itu menyebabkan Rayer melompat kegelisahan bimbang tercalar maruah Zahid Hamidi yang masih berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah.
Menurut Takiyuddin berkata pelantikan didakwa meletakkan institusi perundangan dan kehakiman dalam keadaan yang amat sukar.
Ini kerana selaku Perdana Menteri Anwar Ibrahim telahpun membelakangkan pendiriannya apabila melantik Ahli Parlimen berstatus tertuduh di mahkamah sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam kerajaan.
Tegas Takiyuddin beliau menegaskan perbahasannya tidak menyebut merit kes yang dihadapi Ahmad Zahid secara langsung, tetapi hanya memetik fakta dan laporan berita sebagai contoh situasi yang berlaku kini.
Walaubagaimanapun Rayer melompat kepanasan membuat bising seakan-akan berada di zoo mengganggu perbahasan Takiyuddin.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu dalam perbahasannya menuntut kerajaan menyatakan pendirian mengenai kewajaran seorang anggota pentadbiran di kedudukan kedua tertinggi dalam kerajaan, terus bertugas sedangkan berdepan pertuduhan di mahkamah.
Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu turut menggesa kerajaan membuat ketetapan supaya anggota pentadbiran yang mempunyai kes di mahkamah mengambil cuti.
“Kita juga nak panduan daripada kerajaan, adakah anggota pentadbiran yang berhak mendapat kawalan polis, boleh menggunakan kawalan polis itu semasa pergi menghadiri perbicaraan di mahkamah.
“Kita akui seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, tapi keadilan perlu diberikan kepada pihak pendakwaan dan mahkamah supaya mahkamah dapat melaksanakan keadilan tanpa takut dan gentar,” katanya.
Tamat