Sedih hati mengenangkan 100 hari pemerintahan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila setiap 1 manifesto pun dilihat gagal untuk dicapai.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian berkata, pihaknya mendapati 36 peratus responden berpendapat hubungan antara parti dalam kerajaan tidak berjalan baik.

“Ini bukan kerajaan PH atau BN, ini adalah kerajaan perpaduan daripada parti-parti yang pernah bertelagah. Di sinilah pentingnya Sekretariat Kerajaan Perpaduan melihat dari isu titik persamaan dan melakukan pengukuhan kepada titik yang menjadi penghalang supaya keyakinan itu dapat dipulihkan.

“Di sebalik isu dikaitkan harga barang keperluan asas, hutang, tabungan, pendidikan, banyak lagi perkara harus dizahirkan… itu perlu ada psikik yang membawa kepada aspirasi mengukuhkan kerjasama di sebalik blok ini.

“Apatah lagi dalam blok sendiri pun masih ada keraguan, bagaimana untuk membawa kepada keselesaan dan melihat kemahuan mindset penyokong ,” katanya.

Pada masa sama rakyat kini mulai menyingkap kembali ucapan Anwar sebelum jadi Perdana Menteri yang kini tular merata di media sosial, “Saya ulang ditakdirkan kita perintah dalam sedikit masa lagi, hari ini ambil alih kuasa, besok harga minyak turun”. Dalam satu lagi klip: “ ….. bukan 20 hari, 2 minggu, 24 jam (setelah berkuasa) saya umum harga minyak turun.”

Malangnya setelah hampir 100 hari Anwar sebagai Perdana Menteri, harga minyak RON95 di pasaran masih tidak berubah iaitu pada RM2.05 seliter. Apa sudah jadi?

Pasti kegagalan menurunkan harga minyak ini bagi rakyat adalah isyarat bahawa Anwar sesungguhnya telah memperdayakan mereka.

Rupanya siapa sahaja Perdana Menteri, mustahil boleh menurunkan harga minyak sesuka hati dalam keadaan pasaran yang mencabar hari ini lantas menjadikan janji-janji Anwar sebelum jadi Perdana Menteri itu adalah palsu, bahan untuk menarik sokongan rakyat semata-mata.

Lain sekiranya dibandingkan dengan 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Perdana Menteri Malaysia menerajui pentadbiran negara.

Rata-rata rakyat memuji tindakan Muhyiddin Yassin menerajui pentadbiran negara, sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid-19 selain kekangan ekonomi.

Menurut mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dalam keadaan masa yang singkat Muhyiddin Yassin menguruskan negara dan telah membuktikan bahawa pimpinan yang dibawa beliau amat dikagumi, dihormati oleh semua rakyat.

“Muhyiddin bukan sahaja dapat mengubah isu kesihatan Covid-19, malah beliau juga berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.

“Apabila rakyat bimbang akan keadaan ekonomi negara, kerajaan pada era Muhyiddin tampil memberi suntikan kepada rakyat bagi tujuaan untuk menggerak dan merangsang ekonomi, agar ia dapat dipulihkan segera,”

Menurut Khairuddin, pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang diumumkan dalam tempoh 10 hari sebaik sahaja PKP berkuat kuasa telah membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk memulihkan ekonomi negara.

Nyata Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menterinya yang lain berjaya mewujudkan rasa selamat dalam diri rakyat dengan adanya pelan pemulihan serta menyuntik sumbangan sebegini kepada negara ketika itu.

Advertisement