“Banyak retorik-retorik yang dikeluarkan, banyak perkataan sastera baharu yang digunakan tapi penyelesaian untuk rakyat, kita belum nampak. Rakyat merintih di luar sana, minta KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bersasar,” itu jelas Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Menurutnya situasi kini menunjukkan rakyat begitu terdesak sehingga terpaksa mengemis duit simpanan sendiri KWSP untuk kegunaan mereka sepanjang tempoh ekonomi yang belum stabil ini.
“Duit mereka, bukan duit kerajaan, tak susah pun nak diberikan tapi tidak dilayan oleh kerajaan. Begitu juga perkara lain, seperti elaun sara hidup untuk nelayan, diminta naikkan dari RM300 ke RM500, juga tiada layanan daripada kerajaan… banyak lagilah.
“Jadi saya rasa penyelesaian mengenai kos sara hidup rakyat belum dapat dilahirkan secara tuntas oleh kerajaan sekarang dan saya harap akan ada perubahan selepas ini,” katanya.
Wan Saiful berkata apa dilihat hanya sekadar retorik dan janji kosong yang sentiasa dicapati membuatkan rakyat masih terbeban.
Tamat