Seakan lawak apabila Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar tanpa henti mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya melepaskan jawatan berdasarkan akhbar tempatan Sinar Harian.

Ternyata rakyat Kedah matang dalam membuat pilihan meninggalkan Mahfuz bersama parti Amanda itu tenggelam dalam lautan isu yang dicipta sendiri.

Mungkin kerana bimbang semangat rakyat Kedah bersama Sanusi, Mahfuz mula mencari isu remeh semata-mata mahukan perhatian rakyat.

“Saya percaya ramai yang dukacita dengan kenyataan dibuat Muhammad Sanusi. Kenyataan seumpama tidak seharusnya diucapkan oleh seorang ketua kerajaan negeri.

“Sudahlah dilakukan berulang kali, dibimbangi boleh cetuskan kegelisahan dan jejas hubungan masyarakat berbilang kaum atau masyarakat Islam,” katanya.

Namun begitu rata-rata rakyat Kedah menyokong Sasusi selaku Menteri Besar, berdasarkan komen netizen hampir semuanya menghentam Mahfuz Omar.

“Sudahlah Dato Mahfuz, tak payah serang MB Kedah lagi dah, lagi tok dok serang MB, lagi tu rakyat dan anak muda akan bersama MB, rakyat Kedah selesa dok bawah PN, tengok isyarat PRU ni pun dah cukup 14-1,”

“Setelah fikir banyak kali, akhirnya,aku buat keputusan, sokong MB Kedah jugok.
Aku tak mahu jadi barua 🤣”

“Kalah Smpai 31K Lagi Nak Meroyan Si Mahfuz ni,”

Advertisement