Budak 12 tahun maut terjatuh dari hotel tingkat 14. Budak 12 tahun maut terjatuh dari hotel tingkat 14. Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah pada pagi tadi (27 Febuari).

Menurut maklumat awal, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat empat hotel tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa kanak-kanak ditemukan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak KKM sahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JBPM berkata identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.

Tamat