“Tindakan melengahkan peruntukan di kawasan pembangkang dan kerajaan negeri yang dikuasainya adalah tidak tepat dengan prinsip Islam dan demokrasi,” itu kata Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang semalam di Dewan Perlimen.

Menurutnya kerajaan persekutuan digesa memberikan dengan segera peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dan kerajaan negeri pimpinannya, seperti yang dikehendaki prinsip demokrasi dan pemisahan kuasa.

Ini kerana pentadbiran kerajaan tidak boleh dicampuri politik atau dendam, sambil mengingatkan PH bahawa ia juga kalah undi penjawat awam.

“Selepas pilihan raya, semua pihak menjadi rakyat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, inilah konsep demokrasi yang betul.

“Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri … tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan.” katanya dengan tegas.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat PN mengkritik Belanjawan 2023 baharu kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Shahidan Kassim (PN-Arau) mengingatkan pemerintah bahawa duit rakyat mesti diberi sama rata, manakala Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan sama ada slogan Malaysia Madani benar-benar memperjuangkan keadilan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan.

Tamat

Advertisement