“Keputusan ini yang kami nantikan bukan sahaja untuk Datuk (Datuk Seri Najib Razak) tapi untuk keluarga kami,” itu kata Datin Seri Rosmah Mansor ketika ditemui perkarangan Mahkamah Tinggi tadi.
Menurutnya bersyukur dengan keputusan yang ditetapkan Mahkamah Tinggi terhadap suaminya Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
“Kemenangan ini bukan hanya untuk suami bahkan untuk keluarga, syukur Alhamdulillah, hari ini adalah satu kemenangan kepada bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami.
Datuk (Datuk Seri Najib Razak) kata rasa bersyukur, ini adalah satu kemenangan untuk dia. Insyallah…. ,”
Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini, melepas dan membebaskan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan , yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduh.
Tamat