Sebelum ini, bekas Menteri KASA Tuan Ibrahim Tuan Man pernah mengingatkan supaya meneruskan Rancangan Tebatan Banjir untuk keperluan rakyat namun ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Perpaduan.
Namun apabila banjir teruk berlaku di Johor dan Pahang, menyebabkan rakyat kesal dengan tindakan PMX menolak RTB.
Kini selepas mendapat kecaman mangsa banjir barulah PMX membuat keputusan bagi menyegerakan projek RTB yang bernilai RM600 juta ke atas diarahkan supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun.
“Isu banjir ini kalau kita tidak lakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Banjir ini bukan kali pertama, bertahun-tahun dan di sini sudah dua kali banjir besar.
“Kita perlu proses tender walau disegerakan. Semua projek RTB yang diluluskan harus semuanya beroperasi mulai Jun ini. Jadi tak boleh dilengahkan lagi,” katanya.
Pada 5 Disember lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.
Perkara berkenaan dibangkitkan Tuan Ibrahim hairan apabila Perdana Menteri mengumumkan penjimatan kira-kira RM2 bilion selepas enam projek tebatan banjir ditamatkan.
“Saya fikir kalau kita tunda projek tersebut, bukan penjimatan (dapat dicapai) tapi kerajaan berdepan kerugian pula,”.
“Beliau (Anwar ) tahu banyak projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.
“Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain,” katanya.
Tamat
Credit Foto – Malaysia Gazette