“Isu sensitif berkaitan agama bukanlah perkara yang boleh dipermainkan, sama ada melalui lakonan atau perkara lain. Malah, Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi di negara ini dan rakyat Malaysia harus menghormati agama masing-masing.” itu kata Presiden ( Persatuan Pengarah Filem Malaysia) FDAM, Datuk Ahmad Ibrahim.

Menurutnya (FDAM) menuntut permohonan maaf daripada pengarah filem Mentega Terbang, Khairul Anwar ekoran melanggar etika pengarahan filem tersebut.

FDAM berasa ke kecewa dengan kandungan filem Mentega Terbang kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia sekali gus menyebarkan mesej bertentangan dengan akidah Islam.

Tambah Ahmad, FDAM juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan terhadap filem tersebut seperti yang disarankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Persatuan itu juga merasakan bahawa orang ramai tidak perlu menonton filem itu untuk mengkritik dialognya kerana dialog dan adegan jelas menghina Islam.

“Hanya melalui beberapa adegan seperti dialog antara bapa dan anak perempuan mengenai memilih agama dan dialog memakan daging babi telah menunjukkan mesej yang jelas,” katanya.

Tamat

Advertisement