“Ini bagi saya adalah satu titik hitam dalam sejarah negeri Pulau Pinang yang mana kerajaan DAP dan Umno menghapuskan sebarang kemungkinan untuk adanya semak dan imbang agar mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk dalam menghadapi PRN,” itu kata Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.
Beliau mengecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dimonopoli oleh DAP itu seakan menghalang hak kebebasan bersuara.
“Saya harap rakyat lihat betapa zalim dan rakus kerajaan PP dalam mengekalkan kuasa. Saya yakin mahkamah rakyat akan putuskan mereka patut ditolak dalam PRN nanti,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu kepada pemberita di parlimen.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini meluluskan usul untuk mengisytiharkan empat kerusi yang disandang Perikatan Nasional dikosongkan.
Kerusi berkenaan disandang oleh Afif Bahardin ( Seberang Jaya ), Zulkifli Ibrahim ( Sungai Aceh ), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq ( Bertam ) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang ) – bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU 2018.
Tamat