15 nyawa maut dalam satu kejadian tanah runtuh selepas kejadian hujan lebat tanpa henti di Pulau Serasan, Indonesia manakala yang lain cedera parah dan masih belum dijumpai.

Berdasarkan imej gambar daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menunjukkan lumpur dan serpihan tanah runtuh menenggelamkan beberapa rumah yang terletak berhampiran tebing di Pulau Serasan.

Insiden berkenaan dianggap mampu meragut nyawa puluhan lagi nyawa apabila serpihan zink atap yang tercabut dari bumbung rumah dan pokok tumbang juga boleh dilihat dengan jelas.

Lokasi terpencil kampung tempat berlakunya tanah runtuh di Natuna, wilayah Riau itu yang digabungkan dengan keadaan cuaca buruk serta jaringan komunikasi yang terputus telah merumitkan usaha menyelamat.

“Kemas kini terkini adalah 50 orang masih hilang manakala 15 yang terkorban telah dipindahkan,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Natuna, Abdul Rahman.

Sementara itu, jurucakap Agensi Badan Mitigasi Bencana Kepulauan Riau, Junainah berkata, jaringan komunikasi yang terputus antara pulau Borneo dengan Semenanjung Malaysia telah menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat terkini.

“Cuaca sukar dijangka. Angin amat kuat dan ombak sangat tinggi,” katanya.

Berdasarkan sumber 60 pasukan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan terjejas dari pelabuhan Penagi di Pulau Natuna.

“Kebiasaannya, perjalanan mengambil masa selama lima jam menggunakan bot laju.

“Esok (hari ini), agensi mitigasi BNPB akan mengerahkan sebuah helikopter untuk mempercepatkan proses penyerahan logistik,” katanya kepada Kompas TV.

Tamat