“Nak halalkan usul berkenaan hanya dengan satu cara iaitu menggunakan menteri daripada PKR gunakan kuasanya ke atas parti, maka terselamatlah Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan) daripada jawatan mereka dipertandingkan,” itu kata Khairy Jamaluddin Mantan Ketua Pemuda UMNO.
Menurutnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk menggunakan kuasanya dalam pengecualian undang-undang terhadap UMNO menunjukkan parti itu ternyata melanggar Akta Pertubuhan.
KJ berkata melalui satu surat yang ditularkan diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kepada UMNO bahawa parti itu sudah melanggar Perlembagaannya.
“Saya tidak pasti surat daripada Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saadi kepada Setiausaha Agung UMNO itu sah atau tidak, namun sebagai mantan menteri ia nampak sah dan ‘original’.
“Berdasarkan surat itu, bos RoS (Mohd Nawardi) dengan jelas memaklumkan bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) adalah tidak teratur, bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.
“Ia membawa maksud keputusan tambahan di PAU supaya tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada penggal akan datang adalah tidak sah,”
“Maka, jawatan utama seharusnya dipilih melalui pemilihan parti dan tidak boleh dikecualikan daripada pertandingan. Ibu Pejabat UMNO dan presiden nak kata apa lagi, (tapi) ahli UMNO ini dinafikan haknya,” katanya dengan sinis.
Menerusi PAU 2022 yang diadakan Januari lalu meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden.
Oleh itu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad turut membuat bantahan menegaskan usul tambahan itu bertentangan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.
Menurutnya KJ berkata hairan kerana Ahmad Zahid menegaskan usul tambahan itu adalah sah dan tidak boleh dicabar kerana PAU adalah badan tertinggi dalam UMNO.
“Mereka di atas kini menjadi kasta tidak boleh disentuh.Logik yang tidak masuk akal, siapa kata UMNO akan diharamkan. Dalam surat itu dengan jelas menyebut supaya UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan perlembagaan.
“UMNO ni dah buat silap, jadi sila perbetulkan, buka pertandingan (presiden dan timbalan presiden) habis cerita. Tidak perlulah melanggar perlembagaan sendiri. Namun tidak, mereka ini tak nak perbetulkan, tetapi minta belas ehsan menteri,” katanya.