“Demokrasi sudah mati. Ini tidak adil,” itu kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan penyingkiran empat ADUN Bersatu dari Dewan Undangan Negeri (DUN),”.
Terdahulu berlaku insiden DUN Pulau Pinang meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam), Zolkifly Lazim (Teluk Bahang), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) kerana melompat parti.
Kesemuanya memenangi kerusi itu dalam PRU-14 atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Namun begitu Domicic berkata, Khaliq dan Zolkifly sememangnya ahli Bersatu yang ketika itu merupakan komponen PH sementara Afif dan Zulkifli dipecat oleh PKR.
“Bagaimana mereka boleh dituduh melompat parti?”
“Atas sebab itu tanggapan bahawa mereka bersalah kerana melompat parti adalah bercanggah dengan undang-undang anti-lompat parti Persekutuan. Jelas ia berat sebelah,” katanya.
Menurutnya yang juga merupakan Presiden Gerakan yang menyifatkan penyingkiran empat ADUN itu sebagai satu usaha mencemarkan imej PN dan menutup suara pembangkang.
Tamat