“Jadi markah B- yang saya bagi untuk pencapaian 100 hari Kerajaan Madani sudah cukup tinggi,” itu kata bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selepas menilai 100 hari pemerintahan kerajaan Madani.
Menurutnya markah itu disebabkan pencapaian ahli kabinet juga dilihat tidak konsisten dalam usaha membantu Perdana Menteri menggariskan hala tuju yang lebih jelas.
“Saya tidak kata mereka tidak bagus namun kurang menyerlah. Kita jangka mereka akan terus ke hadapan dalam membantu Perdana Menteri mentadbir negara.
“Diharapkan Anwar akan melepaskan jawatan keduanya itu selepas melihat ekonomi negara semakin stabil dan mempunyai hala tuju jelas.
KJ berkata, Khairy Jamaluddin berkata seharusnya Anwar tidak memegang portfolio Menteri Kewangan kerana dia dilihat ‘berkecamuk’ diantara matlamat dan juga prinsip.
Tamat