“Saya pernah bertempur dengan komunis. Seorang daripada anggota saya mati. Aku pikul mayat dia. Dua pengganas komunis mati,” itu kenyataan tegas daripada bekas veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor.

Jelas terpapar ketegasannya sebagai sebagai anggota tentera apabila seluruh Dewan Parlimen senyap sepi selepas beliau berbicara berkenaan pengalamannya menentang pangganas komunis.

Khlir sebelum ini konsisten membangkitkan nasib veteran ATM yang masih ternanti-nanti janji penyelarasan pencen.

Beliau melahirkan perasaan kecewa kerana pengorbanan veteran tentera yang berjuang menentang pengganas komunis kelihatan seperti tidak dihargai.

“Bajet besar atau tidak, kita kena selesaikan juga benda ini menteri. Tolonglah saya,”

“(Tapi) apa jadi pada penyelarasan pencen dia? Kebanyakan mereka ini yang berkhidmat semasa darurat dah berumur 70 tahun ke atas sekarang. Jadi mereka ini ternanti-nanti,” kata ketika mencelah penggulungan Belanjawan 2023 oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tamat

Advertisement