“Kalau ada pihak menggunakan gerakan reformasi untuk mendapatkan sokongan, ini adalah lebih daripada reformasi,,” itu tegas Ahli Majlis Tertinggi PN, Takiyuddin Hassan.
Menurutnya ini merupakan satu mesej kebangkitan rakyat marhean terutamanya dalam menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan Anwar Ibrahim terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin.
Melihat situasi hari ini dijangka lebih besar daripada gerakan reformasi yang berlaku sekitar 25 tahun lalu.
“Saya rasa apa (pendakwaan terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin) yang berlaku ini akan menambah lagi sokongan kerana rakyat memahami apa yang berlaku.
Beliau menjangkakan rakyat akan bangkit menentang segala kerosakan yang dilakukan kerajaan hari ini menerusi “Gelombang Abah”.
“Dan ini akan diterjemahkan dalam enam PRN akan datang. Kami akan terus bersama dengan Muhyiddin.
“Kita akan berdepan dengan kes yang dihadapkan kepada pengerusi PN.
“Kami PN yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ini adalah pertuduhan berbentuk politik, jadi kita yakin kita dapat menghadapi tuduhan-tuduhan ini dengan sebaiknya dan kita boleh menjangkakan keputusan yang akan keluar dari perkara ini,” katanya.
Tamat