“Tugas kami sebagai pembikin filem adalah untuk mengetengahkan isu semasa, dan kebebasan bersuara kami tidak seharusnya dikawal,” katanya, itu kata pengarah filem Mentega Terbang Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju.
Ya kebebasan bersuara haknya, namun di Malaysia seharusnya rakyat perlu patuh kepada yang menggariskan beberapa prinsip asas kenegaraan.
Telah tercatat prinsip pertama Kepercayaaan Kepada Tuhan, umumnya golongan atiest tidak diterima sebagai warga negara di negara ini.
Prinsip kedua kesetiaan kepada raja, dan negara, prinsip ketiga, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan serta kesusilaan.
Namun berdasarkan filem ini, nyata mencetuskan kontroversi apabila seorang pelajar wanita Islam sentiasa membawa serta membaca Bible sebagai teman hidupnya.
Tidak sekadar itu, turut disertakan adegan meminta pau berinti babi pada rakanya serta aksi bapa Muslim yang membenarkan anak gadis untuk bertukar agama.
Ianya sekali gus mencabar kedudukan Islam agama rasmi, dan turut menidakkan prinsip rukun negara. Ini kerana mencabar tata cara kesopanan dan kesusilaan di kalangan rakyat Malaysia.
Peguam Zaid Malek mewakili Khairi dan Arjun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
‘Mentega Terbang’ yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan juga artis.
Tamat