“(Asyraf Wajdi) Telah dilantik, bukan desas-desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah serah watikahkannya pada hari Jumaat yang lalu,” itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya Asyraf Wajdi Dusuki telahpun dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajun Desa dan Wilayah berkata, beliau sendiri sudah menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang dilaksanakan di pejabat kementerian berkenaan pada Jumaat.

Perlantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengundang reaksi tidak senang rakyat kerana UMNO masih lagi mengamalkan sikap kroni dalam pemilihanya.

Jawatan Pengerusi Mara sebelum ini disandang Datuk Azizah Mohd Dun.

Tamat

Advertisement