Asmirul Anuar semakin melampau, tak hormat Institusi Diraja dan sengaja menimbulkan hasutan kepada Kerajaan Negeri Kedah itu kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasrun Othman.

Menurutnya kenyataan Asmirul yang mendakwa titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah disediakan kerajaan negeri adalah cukup biadap dan Pemuda PAS Kedah sudahpun membuat laporan polis berhubung satu video rakaman secara langsung itu.

“Pihak kami menyedari perkara ini selepas melayari aplikasi sosial Tik Tok berhubung paparan satu video rakaman secara langsung tentang dakwaan itu kira-kira jam 10.20 malam pada 12 Mac lepas.

“Susulan itu, laporan polis dibuat supaya polis menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Pemuda Negeri Kedah merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid menggesa agar pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kenyataan itu.

Tamat