“Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini,” itu kononnya janji Presiden UMNO Zahid Hamidi.

Menurutnya UMNO merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun.

Lain macam rayuan Zahid kali ini, sanggup berjanji bulan bintang, semata-mata mahukan kubu kuat PN Kelantan.

Retorik itu sama sekali tidak logik untuk diterima akal, tambahan pula BN hanya tinggal 30 kerusi untuk PRU 15 lalu. Sekiranya benar BN mahukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan, berikan semula royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Royalti minyak itu dapat digunakan untuk dibangunkan fasiliti air.

Tamat

Advertisement