“Lupakah beliau bahawa Menteri Air (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) bukan dari partinya, Perdana Menteri pun bukan dari partinya, Menteri yang jaga kantung negara juga bukan daripada partinya,” itu kata Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari

Kenyataan itu merujuk kepada rayuan Zahid Hamdi yang kononnya mahu menjaga Kelantan sedangkan UMNO sendiri mengalami masalah dalaman yang kronik dalam partinya.

Fadhli sebaliknya meramalkan parti terbabit tidak akan memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan beberapa negeri lagi pada PRN.

“Ada pihak berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat dalam PRN nanti.

“Bagaimana nak buat keputusan perolehan yang besar jika semuanya itu bukan daripada partinya?.

“Adalah diramalkan, Insya-Allah partinya itu tidak mendapat satu kerusi pun di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang,” tegasnya.

Advertisement