“Kamu tak perlu belit-belit, jika program kamu tidak salah kenapa arahkan agensi tersebut padam posting poster berbahasa Melayu yang mengajak pemuda bukan Kristian ke gereja selepas saya dan kawan-kawan dedahkan? ,” itu soal Pengerusi Penaja Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Ianya berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang dianjurkan sebuah badan yang dikatakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Dalam terus membangkitkan isu berkaitan ‘Jom Ziarah Gereja’ itu, beliau mendakwa Impact Malaysia adalah agensi di bawah KBS di mana Hannah yang menjadi menteri mewakili DAP mencorakkan polisi kementerian dan agensinya.
“Agensi tersebut tahun lepas menerima peruntukan kerajaan berjumlah RM4 juta dan tahun ini naik kepada RM5 juta. Sebelum ini agensi ini ditubuhkan dengan tiga fokus utama iaitu e-sport, kegiatan anak muda dan media. Tidak ada urusan agama.
“Perkara 11 itu diperkukuhkan lagi dengan perbagai undang-undang peringkat Persekutuan dan negeri. Lebih malang lagi kerja jenayah itu ditanggung dengan wang rakyat.
“Kamu sebut mengenai agensi bawah kamu juga buat program bawa belia ke masjid,” katanya
Badrul Hisham yang juga ahli Bersatu Port Dickson sekali lagi mengingatkan Hannah bahawa sebarang usaha mempromosi agama lain kepada umat Islam adalah satu kesalahan jenayah berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mengingatkan bahawa program membawa belia ke masjid tidak menghalalkan kempen ‘Jom Ziarah Gereja’, sebaliknya menyamakan Islam dengan agama lain merupakan tindakan pluralisme dan liberalisme yang melampau.
Badrul Hisham juga berkata mana-mana pemimpin Islam tidak dilarang ke rumah ibadat agama lain jika bertujuan meninjau masalah dan memahami isu rakyat yang dipimpin, dengan syarat tidak mengikut acara keagamaan itu.
“Ini tidak boleh disamakan dengan kegiatan rekrut remaja Islam bawa ke gereja untuk mendengar dakyah bahawa semua agama sama.
“Banyak lagi isu yang perlu ditangani KBS, daripada membazir wang rakyat untuk bawa anak muda, khususnya yang Islam ke gereja. Lebih baik jutaan wang itu digunakan untuk bantu belia berniaga, pelajar susah, pembangunan sukan atau kebajikan sama ada atlet atau bekas atlet.
“Saya sehingga saat ini masih belum dihubungi pihak polis dan saya sedia dipanggil kerana serentak dengan itu saya hendak buat laporan balas ke atas Hannah Yeoh kerana tindakan jenayah yang dilakukan.
“Amaran rakyat jelas… batalkan program 18 Mac 2023 di Gereja Lady of lourdness di Klang,” tegas Badrul Hisham lagi.
Tamat