KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi situasi semasa keselamatan negara dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, tahap keselamatan semasa adalah terkawal.Menurutnya, PDRM akan memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan agar keselamatan kekal terjamin.”Polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara.”Masyarakat dinasihat agar tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum serta membangkitkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes sedemikian boleh salurkan ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
http://dlvr.it/Sl2dlW