“Saya bercakap bukan atas kepentingan parti politik, tetapi mewakili Menteri Besar Kedah yang memperjuangkan KXP sejak tahun 2013 untuk kepentingan negeri.
Menurut beliau Kerajaan Negeri Kedah menunggu keputusan daripada kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meluluskan pengambilan balik tanah bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
“MOT hanya perlu tengok semula dokumen yang diberi dan rujuk pegawai yang telah lama menguruskan berkaitan KXP,” itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Tegas beliau, projek KXP perlu difahami dengan jelas supaya kerajaan pusat segera membuat pembetulan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pihak mereka.
Jelasnya lagi, Kedah Aerotropolis bukan untuk menjadi pesaing mana-mana pihak tetapi saling melengkapi infrastruktur lapangan terbang di Malaysia.
Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan pusat tidak boleh memaparkan persepsi yang buruk kepada kerajaan negeri Kedah hanya kerana negeri itu dipimpin oleh parti yang berbeza dengan Persekutuan.
Tamat