Rakyat Malaysia umat Islam amnya bagaikan tersentap diragut seketika apabila mendapat perkabaran berita asatizah pilihan ramai Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital.

Beliau dikatakan menjalani sebuah hospital dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Oleh itu menyebabkan kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus yang menyebabkan rakyat Malaysia panik seketika.

Pada masa sama, beberapa tokoh agama dan pemimpin politik mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan dengan masalah kesihatan dihadapi Azhar.

Antaranya seorang tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu yang kini dalam mengadakan siri jelajah ke Terengganu berkesempatan menziarahi Azhar yang kini sedang menjalani rawatan.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menerusi satu hantaran Facebook mendoakan kesihatan Azhar.

“Semoga kembali sihat seperti sediakala buat Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus,” tulis beliau.

Malah warganet turut mengajak semua umat Islam agar Allah memberikan kesembuhan dan dikurniakan kesempurnaan kesihatan kepada Azhar.

Tamat

Advertisement