Saja cari pasal apabila dua lelaki berdepan hukuman 10 tahun penjara apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan berkaitan penipuan bagi mendapatkan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu dengan bayaran tertentu tahun lalu.
Tertuduh, Rohaized Abd. Razak, 49, dan Shahferoz Khan Mohamed Ayub Khan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 58 tahun bagi menyerahkan wang RM140,000 untuk mendapatkan gelaran itu.
Perbuatan itu dilakukan berdekatan restoran di sebuah pusat beli belah di Puchong pada 10 November hingga 10 Disember tahun lalu.
Kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara, denda dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman menawarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 dengan seorang penjamin.
Tamat