“Saya mengecam sepenuhnya penganjuran program Grand Opening Privacy Club Tun Razak dengan Thai Hot Guy disenarai sebagai jemputan dalam program tersebut,” itu kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya.

Menurut beliau iklan program maksiat itu sahaja cukup mencemarkan imej negara di mata umat Islam seluruh dunia tambahan pula menjelang tibanya Ramadhan.

Mata seluruh dunia memerhatikan tindak – tanduk Malaysia sebagai negara Islam yang dihormati tiba-tiba dihina negara ini asbab kehadiran kumpulan terbabit disifatkan menjijikkan, tidak senonoh serta mendorong ke arah mempromosi ideologi dan perlakuan songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dalam negara.

“Kumpulan Thai Hot Guy yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran yang diamalkan di Malaysia.

“Ia juga bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya di Facebook pada Selasa sambil menyifatkan keadaan itu bertentangan dengan prinsip Madani.

Tidak sekadar itu program berkenaan turut seolah-olah mempromosikan selain menjadi tarikan golongan gay untuk berkembang di negara ini sekali gus menyumbang kepada implikasi terhadap perkembangan penyakit HIV.

Menurut Ahmad, laporan ‘Malaysian Strategic Plan for Ending AIDS menjelaskan golongan Men Sex with Men (MSM) atau bahasa mudahnya gay merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV ketika ini.

“Langkah yang tegas wajar dikuat kuasa bagi mengelakkan daripada golongan sebegini terus berkembang dalam negara.

“Ketiga adalah menyediakan pelan tindakan bagi memperuntukkan undang-undang atau dasar yang tegas terhadap kumpulan mempromosi ideologi serta perlakuan LGBT bertentangan dengan agama, budaya dan fitrah seorang manusia,” tegasnya.

Tamat