Terkejut umat Islam seluruh Malaysia apabila menjelang tiba bulan Ramadhan muncul iklan acara pembukaan rasmi sebuah bar dikenali ‘Privacy Club Tun Razak’ di Jalan Tun Razak, ibu negara, pada 30 Mac ini.’Thai Hot Guy’ memaparkan lelaki berbadan sasa hanya berpakaian separuh bogel.

Tidak sekadar itu, berdasarkan maklumat yang disebarkan daripada iklan rasmi berkenaan pembukaan bar berkenaan turut bersama foto gadis-gadis seksi dengan aksi lucah meraba dada lelaki berkenaan.

Begitu jijik umpama najis, kanser apakah yang sedang melanda negara ini ? mana pihak kerajaan yang selama ini memperjuangkan Islam Madani? Menteri Agama hilang di mana? Mana pihak berkuasa tempatan sampai mahu meluluskan kelab yang secara terus terang merosakkan tatasusila dalam rukun negara?

Perlunya sebarang tindakan kembali kepada wacana rukun negara kesopanan dan kesusilaan. Pastinya pembukaan bar ini berlawanan dengan prinsip rukun negara.

Kenapa perlu ditiru budaya asing sedangkan wujud budaya tempatan yang lebih harmoni untuk anak bangsa. Sekiranya diteruskan pembukaan bar ini nyata betul-betul mencemarkan bulan Ramadan sekaligus menghina kehormatan Islam sebagai agama negara.

Walaupun ianya bukan untuk orang Islam tetapi negara ini nyata agama rasminya Islam. Kononnya mahukan membina perpaduan dan hak sama rata, jadi mahu apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?

Event seks bebas, dan sonsang mahu imuniti atas “HAK” tapi majlis agama disekat sana, disekat sini, apa lagi yang ada untuk Islam dan Melayu?

Tamat