“Nak Perpaduan antara kaum tapi murid bukan Islam masih kecil lagi tidak mahu diajar menghormati org Islam sedang menjalani Ibadah Puasa. Nanti mereka besar, apakah mereka tahu nak hormat orang Islam sdg berpuasa ke?” itu kata dengan nada keras Presiden Pertubuhan PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkenaan isu operasi kantin sekolah dibuka seperti biasa di bulan Ramadan.
Menurutnya hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang asyik perlu mengalah dalam semua perkara, bahkan dalam isu berkaitan Melayu dan Islam.
“Sekolah Jenis Kebangsaan tutup tak kantin ketika pelajar Islam berpuasa di bulan Ramadhan?? Ada ke mereka terfikir masalah pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan sdg berpuasa??? Apakah kita sahaja yg nak kena jaga hati dan perasaan mereka ke?”
“Semuanya kita sahaja yang nak mengalah. Kalau ada sikit ketegasan kita suarakan pasal Melayu dan Islam ada je kata-kata dari pemimpin Melayu sendiri ancam akan ambik tindakan kononnya kitalah yang cuba pecah belahkan rakyat dan anti kaum lain.”
“Ni Menteri Pendidikan pula nak tunduk dengan kepentingan pelajar bukan Islam di bulan Ramadhan yg selama ini kantin2 sekolah Kebangsaan ditutup bulan yg mulia ini,” katanya selepas melihat situasi kini yang meletakkan kepentingan kaum lain mengatasi Agama Islam.
Ia berhubung tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membenarkan kantin sekolah untuk beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan tahun ini.
Selain itu, sekolah juga diminta untuk membuka kantin walaupun jumlah pelajar bukan Islam tidak ramai di sesebuah sekolah itu.
“Mengapa perlu menutup kantin? Mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.”
“Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing,” kata Fadhlina.
Tamat