PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa sedikit dukacita kerana tidak berkesempatan bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota sepanjang tiga hari mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Pertemuan itu tidak dapat diadakan kerana jadual beliau padat dan dijadualkan untuk hadir di majlis iftar Yang di-Pertuan Agong esok, diikuti dengan lawatan rasmi ke Kemboja.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kepimpinan Arab Saudi telah melahirkan hasrat agar beliau memanjangkan kunjungan selama dua hari.

“Agak dukacita kerana tidak dapat memenuhi, termasuk pertemuan yang dijadualkan dengan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, kerana dijadualkan esok untuk majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan sejurus selepas itu lawatan rasmi ke Kemboja,” katanya.

Tamat

Advertisement