“Itu hanya spekulasi lagi tapi insya-ALLAH kalau beliau ‘Khairy Jamaluddin ‘ masuk (PN), ia satu kelebihan untuk kita,” itu kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi sekiranya itu berlaku, beliau yakin Khairy Jamaluddin Abu Bakar mampu memberi impak positif dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menarik undi terutamanya daripada golongan muda.

Selain itu KJ dikatakan mempunyai nilai tersendiri yang mampu memberi kelebihan kepada gabungan parti itu untuk berdepan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Iftar Ramadan Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria anjuran PasRelief di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PasRelief menyasarkan menyalurkan bantuan 100 buah rumah kontena bernilai RM3 juta kepada mangsa bencana gempa bumi di Turkiye menerusi kempen #Aid4Turkiye&Syria.

Katanya, setiap rumah kontena tersebut bernilai RM30,000 yang turut dilengkapi tandas dan bakal memberi lebih keselesaan kepada mangsa terlibat

Kita yakin boleh kumpul dana yang cukup untuk membiayai 100 rumah kontena ini jika 6,514 masjid seluruh negara boleh menyumbang.

“Sekarang di Turkiye dan Syria musim sejuk, mangsa masih tinggal dalam khemah dan tandas pula berada di luar jadi tidak selesa bagi mereka.

“Jika ada rumah kontena, ia bakal memberi keselesaan dalam tempoh yang panjang buat mereka,” katanya.

Tamat